Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar(Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Kem Kenaikan Pangkat Tunas

Aktiviti Terkini | 11 - 12 Mei 2018

Dapat mengajar dan memberi pendedahan tentang displin.berdikari dan menjadi penguna yang bijak dalam penggunaan teknologi massa... baca selanjutnya

Program Oversharing (Klik Dengan Bijak) KDB

Aktiviti Terkini | 26 April 2018

Pengguna akan mengenalpasti platform media soisal yang digunakan seperti Instagram, Wechat, Facebook, dan lain-lain serta lamgkah yang boleh digunakan dalam menangani gejala ini... baca selanjutnya

Program Buli Siber(Klik Dengan Bijak) KDB

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2018

Peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia... baca selanjutnya

Aktiviti Jualan Sentuhan Rakyat

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2018

Membuat aktiviti menjual keperluan seperti barangan dapur(Ayam, Cili, Susu, Milo, Kopi, Sayur-sayuran dan bahan bahan keperluan lain dengan harga yang mampu milik)... baca selanjutnya

Program Kecergasan bersama APM Muar

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Melaksanakan pendedahan cara menyelamat mangsa dalam kebakaran, apa yang perlu di buat sekiranya berlaku kebakaran... baca selanjutnya

Karnival Sebenarnya Bersama MCMC

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Memberitahu orang awam, bahawasanya sekiranya menerima sesuatu berita, adalah lebih baik untuk tidak di kongsi di dalam media sosial bagi menggelakkan tersebarnya berita berita palsu... baca selanjutnya

Cardiopulmonary Resuscitation (Basic CPR)

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2018

Mendedahkan cara cara, bila, bagaimana dan sebgainya untuk melakukan CPR dengan sebetulnya agar dapat mengelak kecelakaan yang tidak diingini... baca selanjutnya